AMIRUDDIN MD.ALI HANAFIAH dilahirkan di Kampung Awat, Batu Anam, Segamat pada 12 November 1965. Mendapat pendidikan awal di tanah kelahirannya dan di Kota Bharu, Kelantan serta pendidikan menengah di tiga buah sekolah di Kota Tinggi, Johor. Beliau seterusnya mengikuti kursus perguruan di Institut Bahasa, Kuala Lumpur pada tahun 1987-1989 dan memperoleh Diploma Perguruan Khas (Kesusasteraan Melayu) di Maktab Perguruan Raja Melewar dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Malaya. Beliau sangat aktif berpersatuan dan sehingga kini telah memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau telah dipilih untuk menerajui Persatuan Penulis Johor(PPJ) sebagai Ketua II dan pada tahun 2005, sebagai Ketua Satu sehingga kini. Pada masa yang sama merupakan ahli jawatankuasa GAPENA dan PENA.
A.HAMID JEMAIN dilahirkan di Muar, Johor pada 23 April 1961. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris (2) Kulai. Kemudian di SMK Sultan Ibrahim Kulai. Melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Mohd. Khalid Johor Bahru. Berkhidmat sebagai guru di Pahang sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di Universiti Pertanian Malaysia ketika itu. Kini bertugas sebagai guru di SMK Tun Dr. Ismail Bakri, Muar, Johor. Beliau menulis dalam genre cerpen, sajak, novel, resensi, berita, rencana, buku rujukan bahasa Melayu SPM dan puisi tradisional. Sajak-sajak beliau disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Siswa, Majalah I, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Wanita, Keluarga, Majlis, Sinar Rohani, Cahaya, URTV, Jendela Selatan, Harmoni, Pendidik, Nur, Wasilah, Siasah, Klasik Nasional, Remix dan lain-lain. Antara antologi bersama ialah Ceretra 94, Dramaga, Ratib 1000 syair, Bayi Kota Berahi, Pasir Salak, Kedamaian, Daksina, Manuskrip Luka Bangsa, Potret, Pusaka Bangsa, Tsunami, Suara Bukit Timbalan, Manggar-manggar Kemedrekaan, Gema Membelah Gema, Di Padang Kasih Bermula, Bahasa Sungai dan lain-lain. Beliau pernah memenangi anugerah sayembara penulisan puisi Johor, sayembara Penulisan Puisi dan Cerpen Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan 2007, juga sayembara deklamasi puisi Radio Melaka dan Kekwa, serta pertandingan pantun dan sajak di radio anjuran Klasik Nasional RTM. Pernah mendeklamasikan puisi di majlis-majlis tertentu seperti Hari Guru, Perayaan menyambut hari Kebangsaan peringkat daerah, majlis persaraan individu tertentu, majlis sumbangan ikhlas bantuan ihsan banjir sekolah-sekolah terpilih peringkat negeri Johor oleh Dawama dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Dialog Bahasa dan lain-lain. Meraih Hadiah Sastera Darul Ta’zim VI 2007 kategoti puisi eceran. Antara novel yang dihasilkan ialah Ke Mercu Jaya, Regu Emas, Lembing Awang dan Panglima Lidah Hitam. Beliau turut menulis resensi buku dengan sari buku terbitan DBP, rencana di akhbar seperti di Berita Harian, Utusan Malaysia, Pelita Bahasa dan lain-lain. Dalam penulisan cerpen, karya beliau disiarkan di Majalah Jendela Selatan terbitan DBP Wilayah Selatan, akhbar Skor sisipan akhbar Berita Harian dan Minda Pelajar. Pernah memenangi sayembara cerpen anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN). Antologi cerpen antaranya ialah Gema Serunai Hati 8. Menulis pantun di Majalah Dewan Budaya terbitan DBP. Memegang jawatan sebagai Setiausaha 1, Persatuan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM).
AZHAR SALLEH dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 November 1972. Beliau mendapat pendidikan perguruan di Institiut Perguruan Darul Aman, Kedah dalam jurusan pengajian Melayu. Beliau sekarang bertugas sebagai pendidik di SK Taman Johor Jaya 3, Johor Bahru. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai Munsyi Dewan DBP, beliau banyak menyampaikan ceramah dan bengkel kepada guru, pelajar dan kakitangan awam. Selain menulis puisi dan cerpen, beliau banyak menulis makalah berkenaan dengan bahasa, khususnya yang berkaitan dengan tatabahasa. Karya-karyanya banyak disiarkan dalam akhbar dan majalah seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Mingguan Wanita dan Jendela Selatan. Beliau turut terlibat dalam perkampungan Penulis Muda Negeri Johor dan Melaka sebagai pembimbing puisi. Puisinya turut dimuatkan dalam antologi puisi ‘Daksina’ terbitan DBP Wilayah Selatan. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Ikatan Penulis Guru Johor. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://witra.blogspot.com/
GUNAWAN MAHMOOD dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 29 Januari 1959 dan dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Felda Ulu Tebrau, kemudian di Sekolah Aminuddin Baki dan Institut Malaysia Johor Bahru sehingga selesai STPM. Melanjutkan pengajian luar kampus di Fakultas Bahasa dan Sastera, Universiti Nasional, Jakarta (UNAS). Memperolehi PhD melalui tesisnya berjudul ‘Pemikiran dalam Sajak-sajak Dr.Mahathir Mohamad’ di Institut Pembangunan dan Pengurusan Antarabangsa Indonesia dengan kerjasama Berkeley International University. Beliau sering memenangi hadiah dalam pelbagai sayembera antaranya hadiah utama cerpen Utusan Melayu-Public Bank 1989, puisi Kebangsaan Hari Merdeka 1989 dan saguhati anugerah novel sejarah kebangsaan 1989. Cerpen beliau ‘Harga Sebuah Kematian’ memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 dan novel remajanya ‘Tanah Ini’ memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97. Beliau pernah meraih Hadiah Novel Remaja HSKU (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan) untuk empat tahun berturut; Namaku Ayoko(1993), Renyah(1994), Tanah Ini(1995) dan Cinta Daerah Perjuangan(1996). Dianugerahkan Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor yang pertama, Hadiah Sastera Darul Ta’zim pada 1996. Beliau merupakan penerima anugerah Generasi Baru oleh FELDA pada tahun 2008. Kini beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.
KHAIRUL HAFIZ BIN ABDUL RAHMAN adalah nama sebenar bagi Serunai Faqir yang dilahirkan di Pekan, Pahang pada 10 Oktober 1972. Kemudian keluarganya berpindah ke Johor Bahru, sebelum menetap di Muar ketika usianya sembilan tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, UKM, dan Diploma Pengurusan & Pentadbiran Awam (INTAN). Pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) pada 1998 hingga 2006 sebelum mengambil keputusan menulis sepenuh masa dan menjadi tenaga pengajar muzik tradisional. Beliau aktif menulis sejak 1989 dan merupakan ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi). Karya sajak dan cerpen beliau mendapat tempat dalam akhbar arus perdana negara dan majalah terbitan DBP di samping majalah-majalah tempatan yang lain. Menjadi penulis tamu untuk majalah Senibeladiri sehingga kini dalam ruangan Gendang Silat. Beliau pernah memenangi Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Exxon Mobil 2006, Hadiah Sastera Darul Takzim 2007 (Cerpen Eceran), Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Exxon Mobil 2007. Antara karya novel beliau ialah Lagukan Senandung Itu(DBP, 2007), Dewangga Sakti:1(PTS, 2007), dan Mantera Hitam(Alaf 21, 2009). Manakala antologi yang turut memuatkan karya beliau ialah Antologi Cerpen Kanak-Kanak “Mangkuk Tempurung Nenek”(AMN Publication, 2007) dan Antologi Cerpen dan Puisi HSKU Exxon Mobil 2006 & 2007. Kini bertugas sebagai editor di Pekan Ilmu Publications. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://serunaifaqir72.blogspot.com/

LIM TIAM HION dikenali dengan nama penanya TH Lim, dilahirkan pada 13 Februari 1955 di Kampung Balai, Daerah Bachok, Kelantan. Beliau telah lama berkhidmat dan menetap di negeri Johor. Memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Cina Pei Hwa, Machang, Kelantan dan kemudiannya beliau menimba ilmu di Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan. Pada tahun 1975 hingga 1976, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Mohd. Khalid Johor Bahru. Beliau memantapkan lagi ilmu dengan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dalam bidang Pendidikan Seni Halus pada tahun 1982. Di usia menginjak 37 tahun, beliau meluaskan lagi ilmu Bahasa Melayu dan Sastera Melayu di Kampus Universiti Putra Malaysia pada tahun 1992-1996. Sebagai seorang guru sisiwazah, beliau memulakan khidmat baktinya di Sekolah Menengah Kampung Laut, Kelantan. Kemudian beliau ditukarkan ke negeri Johor di beberapa buah sekolah antaranya Sekolah Menengah Batu Anam, Segamat, Johor, Sekolah Menengah Seg Hwa, Segamat, Johor, Sekolah Menengah Munsyi Ibrahim, Labis, Johor dan Sekolah Tinggi Segamat sehingga kini. Sepanjang menetap di negeri Johor inilah beliau tekun menghasilkan karya yang bermutu sama ada karya persendirian mahupun antologi bersama. Antara hasil-hasil karyanya adalah Keranamu Nisah (Kumpulan Cerpen), Kekasih dan Kenangan Itu (Kumpulan Puisi), Melodi Hidup (Kumpulan Puisi, DBP 1989), Cakrawala Diri (Kumpulan Puisi sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu), Dari Rosmera ke Sadhana (Antologi Bersama Persatuan Penulis Johor), Di Dunia Permata (Antologi Bersama), DAKSINA (Antologi Bersama DBP Wilayah Selatan), tiga buah buku seni visual untuk pelajar sekolah menengah dan beberapa buah buku Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah menengah dan banyak lagi. T.H.Lim juga banyak menyumbangkan karya dan penulisan puisi terutama untuk kegiatan penulisan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan; dan pelbagai penerbitan sejarah pada tahun 1975 sehingga kini. Beliau juga turut giat menulis artikel di Jendela Selatan terbitan DBP Wilayah Selatan. Selain giat berkarya, Lim Tiam Hion juga pernah menjadi Mentor Penulis Muda Daerah Segamat, negeri Johor dan Kebangsaan. Beliau juga pernah aktif menganggotai Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Ahli Ikatan Penulis Guru Johor (IPGJ) dan Ahli Persatuan Pelayang Johor. Berkat kegigihan dan ketekunan mata penanya, beliau telah dianugerahkan Guru Aktif dan Kreatif daerah Segamat sebanyak tiga kali. Manakala, perkhidmatan beliau yang cekap telah membuka peluang untuk beliau menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Beliau merupakan penerima Hadiah Pilihan sempena Sayembara Puisi Johor pada tahun 2004 dan juga pemenang Puisi Tradisional anjuran DBP Wilayah Selatan. Hadiah Pilihan Sayembara Puisi Johor pada tahun 2004.
MAWAR SHAFIE adalah warga Johor kelahiran Singapura pada 27 Februari 1971. Ibu bapanya menetap di Johor Bahru. Beliau merupakan seorang penulis wanita yang cukup produktif menghasilkan cerpen. Berkelulusan Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), seterusnya melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapura. Antara kumpulan cerpen beliau beliau ialah Zel(1998), Montaj II(2002) dan Masitah(2008). Beliau telah banyak memenangi hadiah dan anugerah sastera, antaranya Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank bagi tahu 1994, 1995, 1997, 1998 dan 1999, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/1997, Hadiah Sastera Esso-GAPENA X, Hadiah Sastera Berunsur Islam IX 1996, Hadiah Sastera Darul Ta’zim II (1999), IV(2003), V(2005) dan Hadiah Sastera Sempena Bulan Budaya Pulau Pinang 1996. Beliau kini bertugas di UKM. Blog beliau boleh dilayari dilaman http://mawarshafei.blogspot.com/

Allahyarham HAJI MAS'UD BIN ABDUL RAHMAN dilahirkan pada 2 Oktober 1938, di Kampung Liang Batu, Muar Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Kampung Liang Batu, Pagoh, Muar. Selepas darjah empat meneruskan persekolahan di Sekolah Dumpur Tinggi, Muar hingga tamat darjah tujuh pada tahun 1957. Melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah Agama di Johor Bahru. Mengambil peperiksaan SRP secara persendirian pada tahun 1961 . Beliau menceburkan diri dalam bidang pendidikan ketika berumur 15 tahun lagi, apabila diterima menjadi guru sandaran di sebuah sekolah Cina Liang Batu, Muar. Beliau kemudian berpindah mengajar di Sekolah Cina Chian Chip, Pelentong, Masai, Johor. Ketika inilah beliau menerima latihan guru secara pos, ketika itu dikenali sebagai (TOUS). Pada tahun 1980 beliau ditukarkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Kangkar Teberau, Johor Bahru. Hinggalah beliau meletakkan jawatan kerana bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Johor Bahru pada tahun 1988. Pernah menjadi Setiausaha 1 dan seterusnya pernah menyandang Ketua Satu PPJ pada tahun 1993 hingga 1996 (kembali kerahmatullah pada 15 November). Haji Mas’ud Abdul Ramhan aktif menulis sekitar tahun-tahun awal 60-an hingga 70-an. Beliau banyak menghasilkan cerpen dan esei dan kritikan. Kumpulan cerpen beliau telah diterbitkan pada tahun 1966 dengan judul ‘Turun Ke Lembah Gunung’ mengandungi 15 buah cerpen. Cerpen-cerpen tersebut pernah tersiar di beebrapa akhbar dan majalah yang diterbitkan di Singapura dan di Malaysia. Pada keseluruhannya cerpen-cerpen Haji Mas’ud masih bertemakan kemiskinan dan perjuangan untuk kemerdekaan. Dalam kegiatan sastera Haji Mas’ud bukan sahaja banyak menghasilkan tulisan baik berupa karya kreatif atau pun esei kritikan, beliau juga sebenarnya adalah salah seorang pengasas Persatuan Penulis Johor (PPJ) yang ditubuhkan pada tahun 1967. Dalam Jawatankuasa Penaja pada tahun 1966 beliau adalah sebagai Bendahari persatuan. Setelah persatuan didaftarkan beliau kekal sebagai bendahari sehingga pada tahun 1970 beliau dipilih sebagai Setiausaha Satu PPJ. Ketika itu Ketua Satu PPJ ialah Wan Musa Ahmad. Beliau kekal sebagai Setiausaha Satu PPJ apabila Zam Ismail (Ismail bin Zamzam) menerajui PPJ pada tahun 1971 sehingga 1987. Beliau akhirnya telah menerajui persatuan tersebut hinggalah ke akhir hayat pada tahun 1966. Sebagai Setiausaha 1 dan setwerusnya Ketua Satu PPJ, beliau banyak mengadakan aktiviti-aktivti yang bercorak sastera dan budaya. Pada masa kepemimpinan beliau kerajaan Negeri Johor telah bersetuju memberikan peruntukan kepada PPJ sebanyak RM20,000.00 setahun, berbanding sebelum ini hanya RM5,000.00 setahun. Beliau meneruskan kegiatan mengadakan kursus penulisan bagi penulis-penulis muda. Ketika beliau menjadi Ketua Satu, beliau telah mula membimbing penulis-penulis muda Johor dengan kursus penulisan yang pertama yang diadakan di Gelanggang Budaya (Kini Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru). Di peringkat nasional pula beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa GAPENA (Gabungan Penulis Nasional Malaysia).
MOHD. KASIM MAHMUD dilahirkan di Merlimau, Melaka pada 3 Februari 1958. Menetap di negeri Johor sejak 1978. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dari Universiti Sains Malaysia, Pulan Pinang. Beliau mula menulis sejak remaja lagi tetapi memberikan komitmen yang tinggi dalam bidang penulisan sejak awal 1990-an. Banyak menghasilkan sajak, cerita kanak-kanak, cerpen, novel, rencana dan esei. Karya beliau banyak disiarkan dalam pelbagai media seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat dan akhbar-akhbar tempatan. Di antara novel yang pernah beliau hasilkan ialah Kuntum Kasih Berserakan (Creative Enterprise Sdn. Bhd.,1999), Jalur-Jalur Pertentangan (Utusan Publication Sdn.Bhd.,2002) dan Buruan (Karisma Publication, 2006). Kumpulan cerpen beliau yang pernah terbit ialah Suara (DBP, 2003), Simpang (DBP, 2006). Manakala kumpulan puisi beliau pula berjudul Paradok Musim (DBP,2005). Antara anugerah yang pernah beliau menangi ialah Hadiah Sayembara Cerpen Perpaduan Kaum di Malaysia (1995), Hadiah Ketiga Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia (2000), Hadiah Ketiga Sayembara Menulis Cerpen Johor (2006) Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (2002) dan Hadiah Sastera Darul Ta’zim (1999,2004 dan 2005). Beliau meraih tempat kedua menerusi novel Badai Hujung Tanah di dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor Kedua pada 2008 anjuran Yayasan Warisan Johor. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://mohdkasim.blogspot.com/
MOHD. KHAIRY HJ. HALIMI menggunakan nama pena Khairy Halimi, Maya Rimba. Beliau dilahirkan pada 13 Disember 1954 di Kg Seri Bukit Panjang Pekan Nanas, Pontian, Johor. Beliau bertugas di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sejak 1977. Seterusnya menjawat jawatan Pegawai MARDI di Stesen MARDI Pontian. Karya beliau berjudul Pahlawan Sang Kumbang Badak memenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim 1999 dalam kategori Novel Remaja. Beliau aktif melibatkan diri dalam Persatuan Penulis Johor (PPJ) sebagai AJK dan selaku Pengerusi PPJ Kegiatan Daerah Pontian (1988 hingga 1995) dan menjadi Setiausaha 2 PPJ (1996 hingga sekarang). Selain itu beliau adalah anggota Projek PEWARIS Yayasan Warisan Johor.
MOHAMMAD YAZID BIN ABDUL MAJID menggunakan nama pena Zaid Akhtar, lahir pada 16 April 1977 di Kampung Belukar Juling, Endau, Mersing, Johor Darul Ta’zim. Beliau meraih Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan dan kemudiannya mengikuti Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mula menulis pada tahun 1994 dan karya sulungnya sebuah cerpen berjudul Juara Yang Tewas telah memenangi anugerah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1994. Beliau pernah menerima Hadiah Penghargaan Pertandingan Menulis Cerpen Sekolah-sekolah Menengah Malaysia 1994. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 dan Hadiah Sastera Darul Ta’zim 2001. Novel remajanya Sesegar Nailofar mendapat tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000. Manakala novel Justeru Impian di Jaring meraih tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Novel bersiri beliau yang disiarkan Utusan Malaysia telah diterbitkan PTS Millennia berjudul Salju Sakinah. Kini beliau bertugas sebagai guru bahasa di sekolah Menengah Agama Segamat, Johor Darul Ta’zim. Sebagai insan kreatif, Zaid Akhtar tidak putus-putus dan seikhlasnya menyumbangkan perahan minda dan kreativitinya membimbing dan mendorong bakat-bakat baru dalam bidang penulisan. Justeru, Zaid Akhtar menyumbangkan tenaga kreatifnya selaku pembimbing dan penceramah genre novel dalam Bengkel Penulis Muda Johor V, VI dan VII (2003-2005) selenggaraan Yayasan Warisan Johor. Selain itu, Zaid Akhtar juga bertindak selaku pembimbing dalam Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah Johor (2004-2007) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Jabatan Pelajaran Johor. Beliau turut terlibat selaku penceramah undangan untuk slot Bersama Mantan MPR Minggu Penulis Remaja DBP 2005 dan mentor Minggu Penulis Remaja DBP 2006. Pernah menyertai Program Penataran Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2006 bagi genre novel di Bogor, Indonesia. Beliau turut melaksanakan sumbangan sosialnya selaku penceramah online menerusi Konfrens Yahoo Messenger untuk mengendali Bengkel Penulisan Islami Grup Karyawan Luar Negara ADABUNA 2007 selain mengendali Kursus Penulisan Online. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://myzaidakhtar.blogspot.com/
MUSTAFFA SIRAJ - Dilahirkan di Batu Pahat pada 23 Ogos 1961. Mendapat pendidikan menengah di SMK Datuk Bentara Luar , Batu Pahat sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Kemudian mengambil Diploma Pendidikan dan bertugas menjadi guru. Pernah mendapat bimbingan daripada Profesor Rahman Shaari semasa belajar di Universiti Malaya. Mula menulis genre puisi pada tahun 1982 dan kerap menghantar karya ke akhbar tabloid dan Berita Harian. Boleh menghasilkan karya sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka. Juga menghasilkan karya cerpen, esei dan drama. Semasa bertugas di Pahang, pernah mengarah drama dan menulis skrip drama yang mendapat naib johan drama dan skrip terbaik tahun 1991. Beliau juga pembimbing pasukan pantun sekolah hingga muncul johan daerah sebanyak 7 kali. Pernah mendapat johan Mencipta Pantun Radio Klasik Nasional 2006.Beliau pernah menulis buku ulasan Novel SPM, iaitu Senjakala (1988). Juga memenangi johan menulis esei Patriotik negeri Johor tahun 2006 .Beliau memenangi Hadiah Puisi Johor 2004 dan 2012. Puisi beliau terdapat dalam antologi Daksina (2004), Manggar-manggar Merdeka (2008) dan Tinta Kencana (2009). Sajak dan gurindam beliau tersiar di akhbar Berita Minggu, majalah Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Jendela Selatan dan pelbagai akhbar tabloid. Masih lagi menulis dan sekarang mengendalikan laman blog sekolahnya, SMK Penghulu Saat, Parit Sulong, di samping menulis untuk blognya, Tinta Kencana.
NAZIM MOHD. SUBARI dilahirkan pada 19 September 1969 di Muar, Johor. Beliau turut menggunakan nama pena Nur Minda Hayat dan Nazim M.S. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kota Tinggi. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif hingga lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1992. Meminati semua genre penulisan tetapi lebih menumpukan genre puisi, pantun dan cerpen. Mula menulis sejak dibangku sekolah lagi. Karya-karya beliau sering disiarkan di dalam akhbar arus perdana dan majalah tempatan. Sepanjang penglibatannya dalam penulisan, beliau berjaya memenangi beberapa hadiah seperti Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-Gapena (1992), Hadiah Utama Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank (1993, 1996), Hadiah Sastera Darul Ta’zim (1996, 1999), Hadiah ke-3 Pertandingan Menulis Puisi Perpaduan (1995), 2 hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan(HSKU) 2005, Hadiah Tinta Selatan kategori Puisi Moden 2006 dan Hadiah Saguhati Sayembara Jubli Emas DBP 2007 kategori puisi. Karya terkini beliau merupakan Kumpulan Puisi Tradisional berjudul Harga Budi (Pustaka Nusa, 2009), manakala Kumpulan Puisi beliau berjudul Nafiri Naluri berada di dalam penilaian penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
ROSNA BINTI MOHD. KHALID dilahirkan di Johor Bahru pada 20 Mei 1966. Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Mariam, kemudian ke Temenggong Ibrahim Girls School di Batu Pahat, Johor. Mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru dalam bidang Pengajian Inggeris (1986-1988); berpengalaman mengajar di beberapa buah sekolah di Batu Pahat selama 13 tahun dan menjadi tutor di UKM. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kelas Pertama) dan Ijazah Sarjana Sastera (2003) di UKM. Beliau adalah penerima Anugerah Dekan (1999, 2000, 2001), Anugerah Jabatan, Hadiah Buku Universiti dan Anugerah Syed Kechik (2001) kerana kecemerlangannya dalam bidang akademik (pengajian Melayu). Terakhir beliau bertugas sebagai pensyarah sastera moden di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM. Beliau pernah menjadi Setiausaha Persatuan Pascasiswazah Persuratan Melayu, UKM (2001), dan dari situlah beliau mula aktif dalam dunia penulisan dengan esei sebagai genre utamanya. Beliau sering terlibat dalam pembentangan seminar di dalam dan luar negara. Sajak dan eseinya disiarkan dalam antologi sajak Di Laman Anggerik(2001), majalah Bahana(2004, 2005, Brunei.), Buku Antarabangsa UNHAS-UKM(2006) dan Jurnal Melayu(2007). Beliau telah menghasilkan sebuah buku berjudul Komedi dalam Trilogi Drama Zakaria Ariffin(2006, UKM) yang meraih hadiah kategori Buku Sastera dalam Hadiah Sastera Darul Ta’zim Keenam. Manakala esei dan kritikan sastera beliau berjudul Dunia Melayu Sasterawan Negara Usman Awang meraih kategori Esei dan Kritikan Sastera pada tahun yang sama. Beliau turut pernah menjadi hakim dalam pertandingan deklamasi sajak dan cerpen di IPT.
Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2008.
RUZAINI YAHYA lahir pada 12 Julai 1968 di Kampung Sungai Keladi, Serom 2, Muar. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Serom 3, kemudiam Sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati. Beliau melanjutkan pelajaran di UKM dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons), Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana (M.A). Beliau sering menjadi pembimbing dan fasilitator dalam Perkampungan Penulis Muda Negeri Johor dan membentangkan kertas kerja program-program anjuran DBP Wilayah Selatan. Karya cerpen beliau berjudul ‘Merungkai Tekad’ meraih Hadiah Saguhati dalam Pertandingan Cerpen Hari Guru (DBP, BH, KPM) pada 1998; manakala cerpen ‘Kerajaan Rimba’ meraih Hadiah Sastera Darul Ta’zim ke-III pada 2001; cerpen ‘Membakar Mentari’ memenangi tempat ke-3 Pertandingan Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2006 dan cerpen ’Sekeras Tunas Selembut Akar’ meraih hadiah Saguhati Sayembara Menulis Cerpen Negeri Johor (DBPWS, 2006). Hadiah Tinta Selatan yang dianjurkan oleh DBP Wilayah Selatan meletakkan cerpen ’Pemain Kuda’ di tempat ketiga dan esei sasteranya di tempat pertama berjudul ’Zaid Akhtar : Merantau dalam Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus’, manakala esei sejarah beliau turut meraih saguhati dengan judul ’Muar dalam Karya dan Perpuisian Tanah Air’. Puisi beliau, ’Pengelana Waktu’ memenagi Hadiah Saguhati dalam Pertandingan Menulis Puisi Sempena 50 Tahun DBP (2007) dan puisi ini turut termuat dalam Antologi Anak Global (Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden KBSM Tingkatan 4 dan 5, 2009). Kini beliau berkhidmat sebagai guru di SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar.
SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY berasal dari Gunung Semanggol, Perak. Dilahirkan pada 26 Ogos 1950. Menetap di Johor sejak 1971 hingga sekarang. Pernah menjadi guru di Sek. Keb. Felda Sungai Sayong, Kulai dan Sek. Men. Sultan Ibrahim, Kulai. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Gunung Semanggol dan Sek. Men. King Edward VII Taiping. Kemudian mengikuti kursus Perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1969-1970). Mengikuti kursus Perguruan Khas dalam Bidang Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1976). Melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1988. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru(1984 – 1998). Seterusnya bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Batu Pahat, Johor( 1999-2006). Beliau pernah memenangi Hadiah Ketiga Peraduan Mengarang Cerpen Esso-GAPENA (1983) dengan cerpen berjudul ‘Pak Su’. Pada tahun 1984 memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen Esso – GAPENA ke-V1 dengan cerpen berjudul ‘Terasing’. Seterusnya pernah memenangi Hadiah Saguhati Peraduan Mengarang cerpen Esso-GAPENA ke-V11 dan V111. Dalam bidang puisi pernah memenangi Hadiah Khas Puisi Berita Harian 1985, berjudul ‘Pertikaman Tuah dan Jebat’, Memenangi Hadiah mengarang Puisi Hari Kemerdekaan 1989, berjudul ‘Di Atas Mimbar Merdeka’ dan Hadiah Puisi Hari Kemerdekaan 1991, berjudul ‘Membina Taman’. Pernah Memenangi Hadiah Utusan-Public 1997, untuk puisi eceran berjudul, ‘Hujan Melebat Dalam Dirimu’, begitu juga pernah memenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim 1995 dan 1999. Buku yang pernah diterbitkan berupa kumpulan cerpen ‘Perjalanan ke Z’ (DBP, 1992), sebuah novel berjudul ‘Gerimis Perkahwinan’ (Marwilis Publisher, 1992), kumpulan puisi ‘Melihat Kesunyataan’ (Persatuan Penulis Johor, 2000). Kumpulan Puisi, ‘Keris Sebilah Itu’ (Citra Karya, 2008). Dalam bentuk antologi bersama terdapat dalam Antologi Cerpen Sayembara IV, V, VI dan VIII terbitan DBP, Antologi LQ, (DBP , 1991), Antologi Cerpen ‘Fenomena’ (DBP, 1992), dan Antologi Cerpen, ’Jalan Ke Kota’ (DBP 1991). Bagi puisi pula terdapat dalam antologi bersama ‘Di Atas Mimbar Merdeka’ (DBP, 1989), ‘Suara Anak Merdeka’ (DBP 1992), ‘Bunga Liar ‘(PPJ, 1991), Gema Membelah Gema 8 ,10 dan 11 , IQRAK (PPJ 1986), ‘Paraduk Merah’, (PPJ 1990), ‘Membentang Puisi’ (PPJ 1986), ‘Sematan’ (1985), ‘Taman Bahasa Ibunda’ (DBP 1995), ‘Dari Rosmaria ke Nor Syadana’ (PPJ 1994). Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Penulis Johor (PPJ) sejak tahun 1974 lagi, pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PPJ dan dalam tahun 1988 hingga 1991 menjadi Setiausaha Dua, Pada tahun 1996 menjadi Setiausaha Satu PPJ hingga pada tahun 2001.Kini sebagai Ahli Jawatankuasa PPJ Negeri memegang portfolio Pengerusi Biro Penerbitan Persatuan. Dalam PPJ bertanggungjawab mewujudkan kembali risalah PPJ ‘PITA’ dan menerbitkan kembali majalah ‘DUPA’ dan JURNAL PPJ. Pernah mengikuti sesi Penataran Sastera di Indonesia pada tahun 1992 bersama dengan Wan Ahmad Ismail dari Terengganu atas pembiayaan DBP. Pada tahun 1997 berpeluang mengikuti Perkampungan Penulis GAPENA II, selama 12 hari di Riau dan menyertai Seminar Persuratan Nusantara ke-IX di Padang, Sumatera. Sebagai aktivis sastera banyak melibatkan diri dalam memberikan ceramah dan motivasi penulisan sajak dan cerpen khususnya untuk pelajar-pelajar sekolah dan penulis muda. Dalam PPJ beliau menggalakkan sesi ‘Sembang Pagi’ yang memfokuskan perbincangan tentang proses kreatif dan bicara karya penulis-penulis PPJ. Beliau juga banyak terlibat dalam membentangkan kertaskerja tentang sastera anjuran persatuan dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan DBP pusat. Dalam Kembara Puisi Darul Ta’zim 2002 beliau adalah diantara dua orang penulis PPJ (bersama Gunawan Mahmood) yang berkesempatan mendeklamasikan puisi di daerah-daerah seperti Kluang, Segamat, Kota Tinggi, Pontian dan Batu Pahat. Kini, selepas bersara beliau bertugas sebagai Editor Kanan di YWJ CITRA HOLDINGS SDN. BHD., sebuah anak syarikat Yayasan Warisan Johor. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://shapiaimohdramly.blogspot.com/
SITI SALBIAH RADUAN menggunakan nama pena Tiras R dilahirkan di Pontian pada 12 Januari 1963. Beliau antara penulis yang berjaya dihasilkan oleh Kepezi (Kelab penulis Zaharah Nawawi). Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dan dua Kesarjanaan dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat. Kini beliau bertugas sebagai Pengarah, Pusat Pengurusan Ilmu di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Bank Negara Malaysia. Aktif dalam Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Persatuan Alumni Malaysia-Jepun (Pamaja). Pernah mendapat geran penyelidikan dan menjadi pensyarah tamu di sebuah universiti di Hokkaido, Jepun. Pernah mendapat latihan dalam pengurusan pustaka digital di Harvard University, USA. Beberapa tahun lalu beliau memenangi Hadiah Menulis Esei Keamanan dan Persefahaman Antarabangsa anjuran Japan International Cooperation Agency (JICA). Hadiah itu membawa beliau kembali ke Jepun, yang dianggap sebagai kampung kedua. Dalam penulisan beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 untuk cerpen Penghujung dan Hadiah Sastera Johor Darul Takzim IV, 2003 untuk cerpen yang sama, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004 untuk cerpen Pemula Versi Milenium. Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2005 untuk cerpen Kidung Akarku dan Hadiah Sastera Johor Darul Takzim V, 2006 untuk cerpen yang sama. Karya puisi beliau turut dimuatkan dalam Antologi Puisi Graffiti Gratitude terbitan Yayasan Multimedia Sastra, Jakarta, Indonesia dalam tahun 2001. Sehingga kini karya-karya beliau telah terbit dalam 5 antologi cerpen iaitu Antologi Bersama Nasi Ayam Laut Sepinggan (Utusan Pub. & Dist., 2003) Antologi Cerpen Kepezi I & Antologi Cerpen Kepezi II ( Haqaf Ent., 2004), Antologi Bersama Segala Yang Tercinta Ada Di sana (Utusan Pub. & Dist., 2005); Antologi Bersama Kalau Kita Menjadi Kayu (Utusan Pub. & Dist., 2006), Antologi HSDT IV dan HSDT V.
SAHARIL HASRIN SANIN berasal dari Pontian, Johor. Mula menulis sejak bersekolah di Sekolah Alam Shah, cerpen pertama beliau diterbitkan oleh Majalah Dewan Siswa pada tahun 1991 dan memenangi Hadiah Sastera Siswa pada tahun tersebut. Beliau merupakan mantan program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran DBP. Melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan industri di United Kingdom dan menamatkan pengajian pada tahun 1998. Karya-karya dan tulisan pojok beliau banyak terbit dalam pelbagai akhbar dan majalah seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Majalah Siasah, Majalah Dewan Budaya, Majalah Perempuan, URTV, Eh!, dan InTrend. Beliau juga menulis artikel berbentuk saintifik untuk Majalah Dewan Kosmik dan Dewan Siswa. Novel "Luka Seribu Hari" telah disirikan dalam Majalah Wanita sepanjang tahun 2006 dan kini sedang disiapkan agar boleh dibukukan. Mulai Januari tahun 2007, novel terbaru beliau "Fashionista" disirikan dalam majalah EH! Pernah memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam pada 2001 dan 2005 (kategori cerpen, tajuk: "Dunia Badang (1.0)", dan "Ops Akliah"), dan Hadiah Sastera Darul Takzim 2003 (kategori cerpen, tajuk: "Dunia Badang (2.0)"). Beliau juga telah memenangi tempat pertama (kategori dewasa) Sayembara Cereka Sains anjuran Karyanet dan DBP untuk cerpen tulisan beliau "Sepuluh Sayap Untuk Aceh" pada tahun 2006 dan diterbitkan di dalam Dewan Sastera pada tahun berikutnya. Pada tahun 2007, cerpen beliau "Cinta Antara Api Al-Quds" yang diterbitkan dalam majalah NUR telah memenangi hadiah Sastera Darul Ta’zim. Turut dijemput menjadi panel di dalam beberapa perjumpaan Minggu Penulis Remaja anjuran DBP. Beliau telah menerbitkan antologi Lagi Cerpen-Cerpen Underground bersama Faisal Tehrani. Pada bulan Jun 2003, kemudian dijemput oleh DBP untuk membentangkan kertas kerja pendek tentang antologi tersebut di Perkampungan Penulis Muda di Kuching. Kertas kerja itu kemudiannya disirikan di dalam Mingguan Malaysia. Pada awal tahun 2008, "Radio Gaga", skrip telefilem beliau yang ditulis bersama Nizam Zakaria telah diterbitkan dan ditayangkan di saluran televisyen RTM1. Beliau turut menulis bersama 5 orang penulis lain di dalam buku "New Malaysian Essays 1" (Matahari Books). Blog beliau di saharil.com juga memenangi Anugerah Bloger Terhebat anjuran Gengjurnal pada awal tahun dan diberi pendedahan di dalam Akhbar Kosmo. Dari 29 Mei hingga 15 Jun 2008, beliau menyertai pameran seni Out of Line di galeri Central Market Annexe, kesemua karya beliau telah habis dijual pada hari pertama pameran. Sekarang beliau bertugas dan menetap di pinggir Kuala Lumpur. Blog beliau boleh dilayari di http://saharil.com/
SALEHA HUSSIN dilahirkan di Muar dan membesar di Johor Bahru. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rendah Pengkalan Rinting, Tampoi, Johor Bahru. Kemudian di Sultan Ibrahim Girls’ School (SIGS) seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Institut Bahasa dan Universiti Malaya pengkhususan dalam Pengajian Melayu dan Sejarah pada tahun 1979-1980, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti of Wales, Cardiff untuk Masters in Education (MED) pada tahun 1985. Sebelum menjadi pensyarah tetap di Institut Tadbiran Awam Negara sehingga tahun 2005, beliau pernah bertugas di Maktab Perguruan Islam, Bangi hingga tahun 1991 dan kemudian di Institut Bahasa hingga tahun 1995. Beliau menulis dalam genre cerpen, ilmiah dan penyelidikan yang kebanyakannya berkaitan dengan dunia pendidikan disiarkan di jurnal-jurnal dan majalah sisipan akhbar. Beliau menghasilkan banyak skrip TV Pendidikan berkaitan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sejarah. Bermula pada tahun 1975 apabila cerpen pertamanya disiarkan dalam majalah Jelita (terbitan Berita Publishing), kemudian cerpen ini diulas Puan Adibah Amin. Beliau memperolehi pengalaman penulisan kreatif di dalam ruangan itu; melalui ulasan dan komen yang diberikan. Menurut beliau, novel Pemburu Mimpi ditulis pada tahun 2003 mengambil masa 3 tahun sebelum ia diterbitkan oleh DBP pada 2005.
SAMSINA HAJI ABDUL RAHMAN menggunakan nama pena Anismas Ar, beliau dilahirkan pada 19 Januari 1962 di Serom 5, Sg.Mati, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah (Inggeris) Abdullah, Sg. Mati, Muar, Johor, Sekolah Menengah Fei Hwa, Sg. Mati, Sekolah Menengah Convent, Muar dan Maktab Adabi Maharani, Muar sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada tahun 1982. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian pada tahun 1988, Ijazah Sarjana Persuratan pada tahun 1990 dan Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1998 dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengajian dan kepakaran beliau adalah Kesusasteraan Melayu khususnya Puisi Melayu. Di samping banyak menghasilkan puisi, beliau turut aktif menulis untuk genre esei sehingga beberapa kali memenangi anugerah seperti Hadiah Sastera Perdana 2000/2001, Sayembara Penulisan Kreatif dan Kritikan Sastera dan banyak lagi. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di UKM.
SHAHAROM HUSAIN Dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Peserai, Batu Pahat, dan kemudian berpindah ke Sekolah melayu Beringin Putih, Mukim IV, Batu Pahat. Pada tahun 1938, beliau memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (MPSI) hingga tahun 1940. Di MPSI belia dapat mempelajari selok belok penulisan daripada Za’ba, Harun Aminurrashid, Buyung Adil, Ahmad Murad Nasaruddin dan Yazid Ahmad dengan lebih dekat lagi. Karya-karya yang dihasilkan mereka telah menjana kecenderungan berkarya dalam diri Shaharom Husain. Setelah menamatkan latihannya di MPSI pada tahun 1941, beliau mengajar di Sekolah Melayu Batu Putih, Batu Pahat hingga zaman pendudukan Jepun. Semasa pendudukan Jepun, minatnya terhadap ilmu pengetahuan tidak pernah surut. Beliau kemudian berhijrah ke Singapura untuk mempelajari bahasa Jepun. Atas kecekapannya berbahasa Jepun itulah akhirnya beliau diterima masuk ke Maktab Perguruan Bahasa Jepun Syonanto, Singapura pada tahun 1943. Setelah tamat, beliau dipilih menjadi guru bahasa Jepun di Pejabat Tali Air Singapura di samping menjadi guru Bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Jepun di sana. Setelah berakhirnya zaman pendudukan Jepun, beliau mengajar mata pelajaran Sejarah di MPSI (1949-1951). Pada tahun 1953 beliau memasuki Maktab Perguruan Bukit Senyum, Johor Bahru. Di samping itu, beliau mengikuti kursus Bahasa Inggeris secara pos di salah sebuah institusi di Australia dan berjaya memperoleh Diploma of Associateship B.R. Institute of Career pada tahun 1962. Beliau juga mengikuti kelas lanjutan di Maktab Inggeris (English College) di Johor Bahru dan berjaya memperoleh Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (F.M.C) pada tahun 1963. Pada tahun 1969-1972, beliau mengikuti kursus secara bertulis dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia di Fakulti Sastera Universiti Nasional Jakarta dan memperoleh Sarjana Muda Sastera. Selain mengajar di MPSI, beliau menjadi guru pelawat senaman Sekolah Melayu Batu Pahat, guru darjah tujuh di Sekolah Ayer Molek dan Bandar Tinggi, Johor Bahru. Seterusnya beliau menjadi Penolong Pensyarah di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (1968-1974) dan mengajar di Pusat Latihan Harian, Muar. Beliau juga pernah menjadi Karyawan Tamu Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketokohan Shaharom Husain terserlah bukan sahaja dalam bidang penulisan sejarah, tetapi juga dalam bidang kreatif dengan menghasilkan sejarah, novel sejarah, cerpen, dan skrip drama. Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang kepengarahan. Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Tun Fatimah (1948), Laksamana Bentan (1954), Korban Kuala Kubu Karam (1955), Bendahara Tepok (1963), Seri Nara (1963), Di Bawah Hujan Peluru, Tawarikh Johor (1950), Tonggak Kerajaan Johor (1958), Secebis Sejarah Tiga Zaman Raja – Sultan Johor Moden (1966). Si Bongkok Tanjung Puteri (1961), Tun Seri Lanang (1965), dan Siapa Gila (1967). Dalam bidang kepengarahan drama pula, kita dapat melihat ketokohan beliau mementaskan drama Si Bongkok Tanjung Puteri yang pertama kalinya dipersembahkan pada kira-kira 30 tahun yang lalu. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Oktober 2008.
SHAMSUDIN OTHMAN dilahirkan di Tangkak. Beliau mendapat pendidikan awal di daerah kelahiran sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Lembah Pantai (MPLP, KL). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Institut Bahasa Kuala Lumpur (IBMM) seterusnya ke Universiti Malaya sehingga memperoleh sarjana (M.A) dalam bidang Kesusasteraan Melayu (2000). Kemudian bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur dan menjadi pensyarah sambilan dalam bidang penulisan kreatif di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR), Kuala Lumpur. Mula berkhidmat di Jabatan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sejak Julai 2007. Sumbangan dan kepakaran beliau dapat dilihat dalam bidang Kesusasteraan Melayu khususnya dalam bidang puisi moden. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah sastera peringkat kebangsaan antaranya Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah ESSO-GAPENA, Hadiah Sastera Darul Ta’zim, Hadiah Sastera Berunsur Islam dan lain-lain. Beliau pernah mewakili Malaysia ke seminar Bahasa dan Sastera di peringkat antarabangsa antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, Australia, Jepun, dan Belanda. Dalam bidang pendidikan, beliau turut menyumbangkan kepakaran untuk Pusat Perkembangan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan EPRD Kementerian Pendidikan Malaysia. Blog beliau boleh dilayari di http://shamsudinothman.blogspot.com/

UNGKU MOHD. ZAMAN TAHIR dikenali sebagai Perantau Hiba. Beliau dilahirkan di Pontian, Johor. Berkelulusan Sarjana Sastera (Doctorandus) dalam jurusan Bahasa dan Sastera Indonesia, Universiti Nasional Jakarta, Indonesia. Beliau banyak menghasilkan tulisan dalam bentuk esei sastera dan budaya. Beliau juga bergiat mengumpulkan cerita-cerita rakyat dan juga penulisan sejarah. Selain itu dalam bentuk kreatif banyak menghasilkan karya drama radio dan cerpen. Dua buah buku Kumpulan drama radio yang telah diterbitkan ialah, ‘Burung Kedidi Terbang Senja’ dan ‘Puntung Api Di Pohon Nyireh’. Beliau pernah menerima hadiah Sastera Darul Ta’zim dalam kategori Drama Radio pada tahun 1996 dan 2007. Beliau aktif falam persatuan Penulis Johor (PPJ). Pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PPJ Peringkat Negeri dalam tahun-tahun 70-an dan 80-an. Selepas bersara dari bidang pendidikan beliau telah dilantik sebagai Pegawai Penyelidik sepenuh masa di Yayasan Warisan Johor (YWJ) hinggalah beliau meninggal pada 16 November 2008 (Ahad). Sebelum kembali ke rahmatullah pada 2008 beliau sempat membuat kajian tentang seorang tokoh terkenal, ‘Dato’ Othman Saat’ yang pernah menjadi Menteri Besar Johor.
WAHYU BUDIWA RENDRA BIN A.WAHID menggunakan nama pena W.B.Rendra dilahirkan di Hwa Ying Maternity Home, Jalan Ah Fook di pusat bandar Johor Bahru pada 15 Syawal 1399 Hijrah bersamaan 17 September 1978. Dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, beliau mendapat pendidikan awal di SRK LKTP Ulu Tebrau (1985-1990), kemudian di SMK LKTP Ulu Tebrau (1991-1995). Memperolehi Bacelor Pentadbiran Perniagaan, UPM (2002-2006). Karyanya mendapat tempat di akhbar arus perdana negara sejak 2002 setelah mengikuti Bengkel Kelab Penulis Zaharah Nawawi(KEPEZI). Hasil karya cerpennya kini dihimpunkan di dalam kumpulan cerpen berjudul Mazhab Cinta (DBP, 2008) yang memuatkan 24 buah karya. Manakala novel Di Sebalik Mentari Jingga diterbitkan DBP pada tahun 2007. Karya beliau turut dimuatkan di dalam beberapa antologi seperti Antologi Cerpen KEPEZI Satu (2004) dan Dua (2004), antologi puisi Daksina (2004) dan Pusaka Bangsa (2006) DBP Wilayah Selatan, Manggar-Maggar Kemerdekaan (2007, YWJ Citra), Suara Bukit Timbalan(2007, Persatuan Penulis Johor), Di Tengah Arus(2007,DBP), Dari Suatu Tikungan Lorong(2008, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.) dan Bahasa Sungai (2008, YWJ Citra). Pernah menghasilkan skrip drama pendek untuk slot di Klasik Nasional, RTM pada tahun 2007 berjudul Risau. Beliau menjadi tamu ruangan Profil majalah Tunas Cipta terbitan DBP pada Mei 2005 dan menjadi Pembicara Ceritera Bersama Karyawan Sastera (Genre Cerpen, 2006) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Meraih Hadiah Puisi Pilihan Sayembara Puisi Johor 2004 (Hadiah Tongkat Warrant). Beliau turut memenangi Hadiah Penghargaan Puisi dalam Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi Kepenggunaan 2006 anjuran Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan GAPENA. Meraih hadiah saguhati kategori cerpen dalam Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2006. Penerima Hadiah Khas Juri menerusi skripnya berjudul Dogma dalam Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007 anjuran DBPWS, PPJ, MTNJ dan JKKWJ. Turut menerima Hadiah Sastera Darul Ta’zim ke VII kategori Cerpen Eceran anjuran Yayasan Warisan Johor menerusi cerpen berjudul Marshmallow Strawberi dan Tesaurus Cinta.. Penerima Hadiah Kategori Cerpen dengan cerpen berjudul Dari Durja Daksina, dan Hadiah Kategori Puisi Sayembara 50 Tahun Merdeka anjuran DBP; hadiah genre puisi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2007 menerusi puisinya berjudul Bumi Tersohor : Kerana Kau Tanah Selatan; juga memenangi tempat ke-3 Pertandingan Mengarang Cerpen Jawi bertema kemerdekaan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia(PNM). Meraih tempat ke-3 dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor III dengan novel berjudul Empayar IX. Memenangi tempat pertama dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor IV dengan novel berjudul Pejuang. Beliau adalah penerima Anugerah Penulis Muda Johor 2007 oleh Persatuan Penulis Johor(PPJ). Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://wbrendra.blogspot.com/
ZAHARAH NAWAWI anak kelahiran Kampung Parit Jawa, Mukim Empat, Batu Pahat Johor dilahirkan pada 5 Mei 1940. Beliau mula menulis sejak berusia 12 tahun. Bermula dengan puisi kemudian cerpen dan novel, beliau pernah menjadi wartawan dan Anggota Sidang Pengarang Wanita Utusan Malaysia (1958-1975), kemudian berkhidmat di Berita Publishing (1976-1985). Pencapaian tertinggi yang diraih hasil kegigihan beliau menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand. Dan Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim (1999). Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan. Novel Anugerah (1351 halaman) novel terpanjang di Malaysia diterbitkan pada tahun 1995, merupakan kejayaan beliau yang luar biasa. Novel Anugerah dan Jalur Sinar di Celah Daun (1981) menjadi bahan kajian sarjana dan ilmuan di Benua Eropah dan Australia, dan kini dua orang sarjana di Universiti Nasional Australia menterjemahkan buku-buku tersebut. Beliau menubuhkan kelab penulisannya sendiri dengan nama KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) pada November 1997 yang ahlinya terdiri daripada penulis/peserta yang pernah mengikuti bengkel-bengkelnya. Pada 2001 Zaharah menerima Geran Penulis daripada Dewan Bahasa untuk membuat novel penyelidikan (novel industri) berlatar belakangkan Paris, Grasse (Kota Minyak Wangi terletak 1,000 km dari Paris) dan Malaysia; dan beliau menyiapkan novel Haruman Kencana pada 2004. Novel-novel beliau yang lain adalah Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988) dan Panglima Selempang Merah (1988). Sementara Warna & Wajah adalah kumpulan puisi pertama Zaharah. Kumpulan puisi ini meraih HSDT Keempat 2003. Selain itu, beliau menulis kolum dan rencana kemasyarakatan; Kolum Pengguna untuk majalah Dewan Budaya yang pernah memenangi hadiah empat tahun berturut-turut. Novel Bulan dan Mentari (2007) memenangi Hadiah Sagu Hati Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP, manakala Merentas Laluan telah memenangi Hadiah Sastera Perdana 2004-2005 kategori Biografi/Autobiografi. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://kepezi.blogspot.com/

ZULFAZLAN JUMRAH dilahirkan pada 4 Ogos 1986 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Bandar Tenggara 1, SMK Bandar Tenggara dan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Serdang dalam jurusan Bachelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) pada tahun 2006-2010. Penglibatan beliau dalam bidang penulisan bermula pada tahun 2005 apabila menyertai Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan di Kundasang, Sabah. Pada tahun 2006, beliau menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR) dan sejak itu beliau mula bergiat aktif dalam dunia penulisan. Genre penulisan beliau meliputi puisi, cerpen, novel, skrip drama serta esei dan kritikan. Karya beliau banyak termuat dalam media arus perdana seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Kosmik, Tunas Cipta, Jendela Selatan, Millenia dan sebagainya.
Dalam bidang puisi, karya beliau turut dimuatkan dalam antologi bersama seperti Puncak Selatan, Semerbak Johor Lama, Rumpun Kita, Bingkisan Ledang, Strings of Hope (University of Birmingham) dan Kimono Nashi No On'nanoko. Selain itu, sajak beliau berjudul Kian Kita Lupa termuat dalam Antologi KOMSAS Tingkatan 1, Kasut Kelopak Jantung. Beberapa buah puisi beliau juga telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Jepun, dan Perancis. Puisi beliau berjudul Nakhoda Bangsa II dan Sebutir Permata di Taman Nusantara telah memenangi tempat pertama dan ketiga dalam Sayembara Puisi Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak. Puisi beliau berjudul Nakhoda Bangsa XIII pula telah memenangi tempat kedua dalam Sayembara Menulis Puisi dan Cerpen Negeri Johor 2012. Dalam genre cerpen, karya beliau antara lainnya termuat dalam beberapa antologi bersama seperti 12!, Merisa Ya Cu Te Pozeljeti, Orang Perjuangan, Misi Agung dan Meniti Kepastian. Antologi cerpen persendirian beliau berjudul Soneta Rindu Musim Salju dalam proses penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 2009, cerpen beliau berjudulHamparan Kudus di Wellington Hall telah memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim Ketujuh (HSDT VII). Dalam genre novel, beliau telah menghasilkan 3 buah novel iaitu Takdir Belum Tertulis (Penerbit Ilmu Bakti), Chronicle Alam Epsilon (PTS Fortuna), dan Kacaknya Cikgu! (PTS One) serta beberapa buah buku rujukan Komponen Sastera (KOMSAS). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di SMKA Sultan Muhammad, Melaka, SMK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur, dan kini berkhidmat di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban Negeri Sembilan. Beliau pernah menganggotai Pertubuhan Dialog Pendidikan Remaja ASEAN (ASEAN Youth Educational Dialouge) iaitu satu pertubuhan bebas yang dianggotai oleh mahasiswa serantau dan menganjurkan siri dialog berkaitan dasar, isu-isu, hala tuju serta pandangan kritikal terhadap pendidikan remaja di ASEAN.
ZULKIFLI KHAIR ialah penulis dan jurulatih bebas yang juga merupakan Jurulatih Penulisan Kreatif Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (sejak 2006) dan Pensyarah Sambilan di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM. Beliau pernah bertugas sebagai guru di dua buah Sekolah Berasrama Penuh dan berpeluang berkhidmat sebagai penulis untuk http://www.muslimheritage.com/ milik FSTC (UK) Ltd. yang berpusat di Menchester, UK. Beliau ialah Timbalan Ketua Persatuan Penulis Johor (PPJ) Johor Bahru dan ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi (Kepezi). Penulis tujuh buah buku (novel, buku ilmiah dan buku Islam popular) ini pernah mendapat beberapa hadiah dan anugerah penulisan termasuk menjadi pemenang Sayembara Cereka Sains Karyanet dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) (2004 & 2005), pemenang ke-2 Pertandingan Esei Sambutan Universiti Sains Malaysia 35 tahun (2005), pemenang Lomba Cerpen Pendek Yayasan Multimedia Sastera, Jakarta, Indonesia (2002) dan pemenang Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1995). Sewaktu di tingkatan tiga (1984), cerpen beliau, ‘Dilema Penulis Muda’ memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen anjuran SMKA (Maahad) Muar. Beliau ialah kolumnis majalah sisipan Estidotmy (2005-2007) dan Ketua Editor buletin Bicara terbitan Majlis Syura Muslimun UK dan Eire (2001-2003) di samping merupakan penulis entri untuk Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kini, beliau penulis tetap Jendela Selatan terbitan DBP Wilayah Selatan serta sering menulis untuk majalah Milenia Muslim di samping Dewan Budaya dan Dewan Bahasa. Beliau merupakan blogger dan blog beliau dapat dilayari di http://ideamenulis.wordpress.com/.